Monday, July 18, 2011

indah

Share
melewati seorang wanita berusia pertengahan 30-an sedang menunggu bas di kaki jalan.lengkap beruniform seperti pekerja kilang.warna biru.kemas digenggam beg plastik,berisi bekal makanan barangkali dengan botol air mineral di tangan kiri.

seketika kemudian jalan raya 2 lorong itu menjadi sesak.semua kenderaan memperlahankan kelajuan.berhenti.oh,kanak-kanak sekolah melintas.ada lelaki.ada perempuan.kecil-kecil belaka.sekolah rendah.

ada makcik-makcik jual nasi lemak di sepanjang jalan.ada pembeli.dan jua beli berlaku.meriah dengan gurau senda dan sapaan mesra.tak asing,begitulah cara orang-orang kita mengambil berat.hatta pelanggan baru pon disoal bertubi macam temuduga mencari menantu.itu pengalaman aku-rimas.tapi bila difikir-fikir balik,ya;apa salahnya mengeratkan silaturrahim.biarpun dengan makcik jual nasi lemak.

lampu isyarat menyala merah.berhenti.

tapi di lorong yang lain,berpusu bermacam jenis kenderaan meluncur laju.ada yang membonceng.ada yang mengayuh.ada juga yang memusing stereng sambil menguap-mesti tidur lewat tadi malam.

lampu isyarat bertukar hijau.

perjalanan diteruskan.

ada kucing mati digilis.terdampar di kaki jalan.ouh~tragis

ada yang berjogging.

ada yang tayar motornya pancit.

ada yang minum di kedai kopi.

sudah hampir 3 tahun.itulah yang dilihat aku hari-hari.tsetiap pagi ketika pergi.aku tak pernah jemu.tak pernah merasa jelik.macam sama,sebenarnya tidak.aku suka begitu.melihat ragam orang.aku mungkin tak banyak berbicara.tapi aku banyak melihat.teringin sekali aku memotretkan setiap yang berlaku dalam bentuk yang boleh dilihat semula.mungkin rakaman.video.atau gambar.melihat tingkah dan gerak isi alam sehari-hari.indah bukan?



p/s : berangan sambil memandu-tadi pagi



3 comments:

  1. membaca setiap tulisan yang tertaip dan tercatat,mmg indah...gambarannya jelas...

    [karya abg hebat!!!]

    ReplyDelete
  2. banyak ragam..maka banyak laa ragamnya..begitu laa manusia..

    ReplyDelete
  3. kucing yg di langgar mati tu kalau tak silap mmg ada pg td... sebelum traffic light pintu gerbang tue.. huhu... sungguh tragis.. tapi lebih tragis bila sendiri yg mengalaminya... arghhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails