Sunday, February 6, 2011

rindu dan sayang yang tak terungkap

Share
dah sebulan lebih
hampir dua bulan aku kira
sejak kali terakhir aku balik kampung
semalam aku balik
lihat ibu
lihat bapak
lihat adik-adikku
yang si aiman- makin nakal.makin bijak.pandai menjawab.dah darjah dua
yang si farah - berseri-seri.suka.sebab elaun dah masuk
bapak;dah semakin jelas garis-garis matang di wajah.tenang.diam.dan hanya bercakap jika perlu.masih macam selalu-selalu.rambut putih mula menghiasi kepala.dijaga rapi.sama pendek di kiri kanan.depan dan belakang.tetap kacak buah hati mak yang seorang ni.
mak;makin sibuk dengan aktiviti persatuan.ke sana sini ligat masuk pertandingan memasak.kalau tak naib johan,johan pasti jadi milik mak.almari yang dulunya penuh dengan medal dan piala sukan aku dan adik aku kini makin sendat dengan plak kemenangan milik mak. mak memang rajin memasak. dan masakan mak adalah yang paling sedap dalam dunia! sekarang bila dah duduk jauh-jauh baru terasa.
entah kenapa
kepulangan aku kali ini
sangat menyentuh hati-sendiri
setiap kali menatap wajah mak
melihatkan tiap kerut merut di wajah mak
wajah bapak
satu getaran cinta
mengalir deras
mengenang
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan bapak dan mak untuk kami
pengorbanan yang melelahkan
tidak pernah diungkapkan
ingat lagi;dulu-dulu aku selalu nak jauh-jauh dari mak,jauh dari bapak
konon nak merasa hidup sendiri
biar jauh;boleh buat apa saja
jiwa muda
sekarang
dah jauh
dah sendiri-sendiri
hah,merasa!
saban hari menghitung waktu
bila pula dapat balik
peluk bapak
ceom bapak
peluk mak
ceom mak
nak balik selalu-selalu,dah sibuk dengan kerja
bila dah tak sibuk;bajet pulak tak ada
jauh
bukan dekat
sekarang
rasa macam mahu
peluk dan genggam erat tangan mak
tangan bapak
takmau lepas
doa aku pada Tuhan
semoga Allah berikan mak
berikan bapak
umur yang panjang
kerana aku masih lagi mahu tidur di ribaan mak
dan makan megi dengan bapak
rindu dan sayang yang tak terungkap



p/s : bapak selalu tersilap dail nombor aku- bila aku telefon balik, bapak akan cakap .. "silap.. bapak tak berapa nak nampak,nak telefon orang lain"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails