Tuesday, July 13, 2010

warnasari

Share
Dalam catatan-catatan pendek (tak berapa panjang) ini penulis akan menggunakan kata ganti nama 'saya' atau 'aku' mengikut 'mood' semasa mengetuk papan kekunci komputer riba. Sekali lagi penulis berubah untuk nuansa dan rasa berbeza dan perasaan itu relatif. Bergantung kepada tahap usia, minat untuk tahu,mood (sekali lagi) dan kefahaman tentang bagaimana rasanya perasaan itu. Seperti aku, aku lebih gemar memendam rasa. Biarpun sekali hal sebegini kata bijak pandai, bisa menyekat kemajuan aku ke depan. Aku memilih untuk tidak terlalu memikirkan cakap-cakap orang kerana bagi aku, selagi aku tidak meletakkan kesusahan yang aku alami itu pada orang lain-aku bahagia.

Maaf,tulisan kali ini nampak seolah tiada arah dan tak tentu hala. Bukan kerana tiada idea mahu menulis, tetapi kerana terlalu banyak tulisan dan rasa yang tertangguh. Beginilah barangkali akibat daripada terlalu memendam..ohhh.

Biarlah, tulisan aku sekadar tulisan penulis jalanan semata. Aku bukanlah penulis agung yang handal mengolah kata dan mengait bicara indah buat pembaca-pembaca bercitarasa tinggi. Tulisan aku, tulisan biasa-dari orang biasa kepada umum. Buat yang sudi singgah dan membaca,terima kasih. Bukan niat aku menyaingi penulis-penulis lain di mana-mana sekalipun. Aku tulis apa yang aku rasa. Aku tulis apa yang aku suka-tentang diri,tentang dia.

Ahh..dia.

nantilah.. aku akan kembali dengan tulisan baharu. Anggap saja ini sebagai permulaan tapak.. sepasang kasut.







p/s : (masih) rindu drummet ayam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails