Sunday, June 20, 2010

Kronologi Gigi

Share
20 Mei 2010 (Khamis)

(dengan malasnya) mata dipisat-pisat manja pagi itu. golek ke kiri,golek ke kanan. mata dibuka perlahan.terlentang,memandang siling. penulis bangun, melabuhkan punggung di birai katil. kaki dilepas ke lantai. saat itu, rahang di sebelah kanan mula berdenyut-denyut.dan di saat itulah bermula segalanya.

21 Mei 2010 (Jumaat)

sakit yang berdenyut-denyut semalam, penulis andaikan cuma sakit biasa. ulser barangkali. melihat ke cermin.ya, gusi sedikit membengkak. dikejar dengan tugasan yang sarat, penulis ke farmasi saja.ubat sakit gusi. 'dewasa atau kanak-kanak?" soal kakak yang menjaga farmasi "dewasa" jawab penulis,sambil menunjuk ke arah diri sendiri.
45 saat kemudian "ok, ubat ni abang sapu kat tempat yang sakit ok.6ringgit"

bayar dan pulang ke rumah.

besoknya, rasa denyut-denyut hampir hilang semuanya.

8 Jun 2010 (Selasa)

sekali lagi rasa denyut-denyut itu berulang di kembali.di tempat yang sama.tapi kali ini, lebih menyengat dan mengharukan.

penulis telan panadol.

lega.

16 Jun 2010 (Rabu)

berdenyut-denyut lagi. mak penulis sarankan ke klinik gigi saja. penulis enggan. takut. dan risau. sekali lagi penulis ke farmasi. ubat kali ini berbeza. bulat-bulat.warna biru.kena kunyah dan kemam dalam mulut.dan rasanya sungguh tak sedap. penulis sanggup. daripada berjumpa dentist.

17 Jun 2010 (Khamis)

masih sakit

18 Jun 2010 (Jumaat)

masih sakit

19 Jun 2010 (Sabtu)

masih sakit (kali ini lebih sakit daripada biasa)

telan panadol.

20 Jun 2010 (Ahad)

lebih sakit daripada biasa
telan paracetamol

21 Jun 2010 (Isnin)

penulis tewas dengan keadaan, penulis berkeputusan untuk berjumpa doktor gigi (akhirnya). itupun penulis mengambil masa lebih 2 jam untuk meyakinkan diri (sambil menahan sakit). seingat penulis, kali terakhir penulis berjumpa doktor gigi adalah ketika usia penulis 13 tahun. di kelinik pergigian jitra,kedah.cabut gigi geraham. sakitnya, Tuhan saja yang tau. penulis mengadu pada doktor yang berusaha membuat cabutan tersebut. katanya, itu biasa. walhal masa dia cucuk ubat kebas tu, tak sampai berapa saat terus dia cabut gigi penulis sedangkan penulis pada ketika itu belum sempat merasa kebasnya ubat. fizikal penulis yang kecil molek sambil dipegang erat kiri dan kanan dan kepala dicengkam hebat oleh beberapa kakak di situ tak berupaya nak melawan. cuma meraung menahan sakit. itu cerita 12 tahun dulu.

berbalik kepada cerita asal..

penulis bersiap ala kadar.menyarung kemeja-T dan jeans rona senada.rambut disisir malas. bergerak ke klinik gigi dengan perasaan berdebar-debar.tiba.mendaftarkan diri dan tunggu.

sejam kemudian penulis dipanggil masuk ke dalam bilik puaka itu.

huhhh.. sejuk.terang.silau.
penulis duduk di kerusi yang boleh dilaras secara automatik lengkap dengan cermin dan monitor 14 inci di depan mata penulis. gementar. sebelum buka mulut, penulis ceritakan keadaan penulis.doktor gigi yang berusia hampir separuh abad itu mengangguk paham sambil mengeluarkan peralatan-peralatan besi yang telah disteril.

dan berikut adalah hasil perbincangan dua hala antara penulis dan doktor gigi tersebut


keadaan semasa gigi penulis

bahagian gigi geraham atas dan bawah


oleh yang demikian doktor berkenaan menyarankan kepada penulis untuk mencabut gigi geraham bahagian atas kerana keadaan gigi yang 'tajam' akan memburukkan lagi keadaan gusi di bawah yang telah sedia membengkak akibat "ditikam" dan, selepas bengkak di gusi surut (dalam tempoh 2-3 hari) pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan pula gigi geraham di bahagian bawah.

penulis angguk-angguk saja. tanda paham.

operasi mencabut bermula.

cucuk ubat kebas-cabut-selesai-keluar bilik-bayar-ambil ubat-ambil MC

pembedahan kecil?? ohh,sebelum keluar bilik doktor mengingatkan penulis untuk datang semula hari Jumaat ini.dan kosnya- RM 400.00 .Serentak itu, penulis telan air liur (bercampur darah dan kesan ubat-ubat kebas). "Yang cabut ni berapa RM doc" tanya penulis dengan mulut yang disumbat kapas "Cabut ni, RM75, this coming Friday for minor operation tu RM400" jawabnya. "apa pilihan yg saya ada kalau tak bedah" penulis. "1. u can bedah 2. u xperlu bedah but have to maintain oral hygiene" doc .

"baik ambil pilihan kedua" kata penulis dalam hati.




p/s : rindu...






2 comments:

  1. gile ah sampai nak kene rm400.. ta payah.. kang da operate nak kene berpantang segala.. keh keh keh.. jaga jek gigi gusi sume ahli mulut tuh leklok.. ok ah.. keh keh keh..

    ReplyDelete
  2. Mahal takpe asal gigi tak sakit lagi esok esok.. huhu..Nak murah pi Hospital Kerajaan..hehe..
    Ingat last 2 years cabut gigi graham bongsu..Doc ckp geraham tu takde fungsi apa2 pun..menyemakk jer katanya..effect gigi2 lain katanya..apa lagi..cabut lah..lepas doc injek ubat kebas..then rasa gigi digodek2..kejap jer..doc ckp dah..aikk tak rasa pun gigi dicabut..hehe..tak rasa apa2 pun..murah jer dlm rm60..claim dgn opis masa tu ..ckp ubat demam..haha..sbb perubatan gigi takleh claim..hihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails