Wednesday, May 5, 2010

menyusuri jalanMu walau ranjau berliku

Share
penulis mencuri sedikit ruang waktu yang sedikit cuma ini untuk meluah rasa sedikit suka dan duka.penulis dah biasa begini,sentiasa rasa berbaur.bercampur aduk.hingga di satu tahap penulis sudah tidak mampu melalui semuanya ini seorang diri.disebabkan itu, penulis takut untuk bersendirian sebenarnya.penulis sentiasa perlukan teman di sisi, untuk berkongsi rasa dan berbicara tentang apa saja.jarang penulis dapat bertemu dengan seseorang yang boleh penulis berkongsi apa saja.bermula dari kegemaran penulis hinggalah kepada apa yang penulis tidak gemar.kata sesetengah orang,bersendiri itu lebih baik;bebas dan bisa melakukan apa saja yang terlintas di fikiran tanpa perlu memikir ada yang terluka.tak kurang juga ada yang berkata berdua itu lebih baik,ada teman untuk berkongsi.penulis dah merasa kedua-dua keadaan ini..kesimpulannya,penulis sendiri tak pasti. kedua-duanya ada baik dan buruknya.memang penulis jenis yang suka menyendiri,tetapi penulis juga perlukan teman istimewa di sisi (seperti sekarang)

tapi,bukan persoalan itu yang ingin penulis ketengahkan di sini.emmm,mengenalinya hampir 4 tahun lalu,berbanding keadaan sekarang jauh berbeza.penulis ketepikan ego,penulis (cuba) menjauhi baran dalam memastikan hubungan yang terjalin terhindar dari retak.malangnya penulis juga manusia biasa seperti dia.
penulis jua ada silap.tak pernah sekalipun (seingat penulis) menganggap yang diri penulis selalu betul.walau nyata itu silap dia,tetap penulis jua yang memohon maaf,bimbang keadaan akan menjadi lebih keruh.

seperti kata seorang teman,dia tak suka masalah.bila ada masalah,just cut it off katanya.

penulis sendiri keliru sebenarnya,adakah bibit-bibit kerenggangan hubungan ini berpunca dari sikap penulis atau sikap dia yang seringkali mendesak.. ya,penulis boleh katakan mendesak.penulis sentiasa cuba berfikir apa yang penulis mahukan sebenarnya dalam hubungan ini,bersama dia..
.....


....


....


sampai bila penulis mesti menjalani hidup begini.. nasihat seorang lagi teman baik penulis,katanya dalam mana-mana perhunbungan sekalipun ada pasang ada surut.sedangkan lidah lagi tergigit..

penulis buntu.

bagaimanakah akhirnya nanti pondok hati penulis.

p/s : gelora silam tak bisa terpadam namun harapan menggunung di hati..gelora kasih tak mungkin terluput kerna hatiku merantau jauh untuk bertemu mu kekasih..

6 comments:

  1. Keluk kemudi tidak dilupa,
    Baru seimbang pelayaran kita;
    Para Guru amat berjasa,
    Bakti Guru disanjung mulia.
    ~~~@@@~~~
    Selamat Menyambut Hari Guru
    ”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

    Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

    yup sedang lidah lagi tergigit inikan kita manusia yang selalu silap

    ReplyDelete
  2. maaf itu kunci tuk kita ungkai segala masalah yang berlaku....biarpun bukan salah kita...tpi jangan selalu ucapkan maaf...kerana smpi satu tahap maaf kita tak bererti pada dia...

    ReplyDelete
  3. kau akan jumpa orang yang terbaik untuk kau

    ReplyDelete
  4. mcm cekgu sastera je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails