Monday, February 22, 2010

celaruMaru

Share
Terik pinar mentari menemani suasana riuh di daerah berbukit itu. Tergolek lemah rasa malas dan segan di kaki gunung meleret hingga ke bibir balkoni bersisi separa simen separa batu. Kasar - licin juga. Dehidrasi semakin ketara membuih memaksa tanpa daya dan upaya diselangi infus suka dan benci bersilih memuncak.

Di hujung sana, bediri seramai mungkin golongan yang sakit termakan usia. Berbeza di hujung sini- lebih banyak yang juga sakit-pura-pura sakit. Yang pasti tiada riak-riak pilu berhambur kontras dengan para manusia yang terbaring di ranjang..

Penulis cuba menghibur diri, menyelak lembaran-lembaran tulisan cakar ayam milik mereka. Dan waktu terus berjalan seakan tiada apa yang mampu menghentikannya dan memang itulah waktu.

Tetapi inilah hidup..realitinya rasa. Suka atau tidak-hanya di fikiran.mindset kata sesetengah orang bijak pandai. Tiada apa yang perlu disesalkan.. yang penting NIKMATI HIDUP.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails