Tuesday, December 15, 2009

sikit-sikit;lama-lama jadi bukit

Share
Tak lebih dari dua minggu lagi, 2009 bakal melabuhkan tirainya. Sama seperti tahun lalu, cuti akhir tahun penulis tetap dihabiskan di sini. Begitu cepat masa berlalu sehinggakan penulis berasa baru semalam menjejakkan kaki ke daerah ini. Setahun, aromanya masih sama. Dengan jerit pekik penghuni jajahannya, kelibat si pemurah, bayang si busuk hati..semuanya masih tetap sama. Pendek kata, tak ada yang berubahlah. Jauh meyimpang dari harapan dan andaian penulis.

Tinggal cuma lagi setahun - bersabarlah wahai hati dan tiap perkara yang penulis lalui (di sini) akan berakhir sama sekali. Penulis dah tak mahu mengharungi ini berkali-kali lagi. Kala berjuta plankton-plankton liar lain menikmati hawa petang bersiar-siar dan menghadap makan malam yang enak-enak, penulis berada di daerah limpahan neon yang menyimbahkan cahaya kelam di sini-saban hari

Cuma jasad penulis di sini.

Tapi hati, harapan dan angan penulis..nun di sana

2010

Akankah sama?





p/s : perlu membuat adaptasi dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mencukupi..haihh

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails