Wednesday, December 16, 2009

aircond-kipas-sejuk

Share
situasi 1 :

Di dalam sebuah kereta. Memuatkan 3-4 orang penumpang (termasuk driver). Hujan agak lebat di luar, tapi jarak penglihatan pemandu hadapan dan driver masih jelas. Aircond terpasang. Sedikit dingin tapi taklah sampai terasa sampai nak beku. Tiba-tiba, si driver mematikan suis aircond. Sejuk sangat katanya. Ya, dia yang sejuk. Tapi orang lain? Tak diberikan peluang untuk memberikan pendapat. Tanpa bertanya, atau apa-apa terus sahaja jari lentiknya itu meng'off' kan suis aircond. Haihh.. apalah salahnya bertanya dulu. Paling tidak pun slow kan saja level aircond tu. Takpun, off je bahagian driver punya aircond. Yang pi tutup terus suis kenapa? Bukannya suma orang sejuk ketaq pun dalam kereta tu. Mungkin ada yang selesa dengan hawa sedikit dingin. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri.

situasi 2 :

(masih tentang aircond,tetapi) dalam sebuah bas ekspress. Di tempat duduk berkembar. Seat double la senang cerita. Ada dua lubang aircond. Ada dua penumpang (saling tidak mengenali). Si penumpang A dan penumpang B. Di tengah-tengah perjalanan, kedua-dua aircond ditutup oleh penumpang A, sejuk jugak katanya. Sedangkan si B masih mahukan aircond. Apalah salahnya ditutup 1 sahaja lubang aircond yang menghala ke tempat duduknya itu tanpa mengganggu lubang aircond milik penumpang lain. Lagi sedih, ada penumpang yang minta bas matikan suis aircond terus hanya kerana dia seorang yang sejuk. Ya, dia seorang.

situasi 3 :

di dalam kelas yang memuatkan 35 orang pelajar. didinginkan oleh 3 buah kipas siling (seperti biasa). satu hari, seorang budak menghidap demam. oleh kerana hanya dia seorang demam (sejuk) ketiga-tiga kipas dilarang untuk dihidupkan olehnya. yang demamnya sorang, yang lain-lain kan panas bila 1 kipas pun tak dihidupkan. Kan boleh diperlahankan kelajuan pusingan kipas tu, kenapa nak tutup semua. lagi 34 orang murid pun demam jugakkah? haihh..

kesimpulan yang dapat penulis buat dari ketiga-tiga situasi di atas (yang kerapkali) penulis hadapi ini ialah, sikap mementingkan diri sendiri. Pernah suatu ketika, sedang penulis asyik membaca, tiba-tiba suis lampu dipadamkan oleh teman sekuliah penulis. Katanya terlalu cerah. Hello! kalau dah tahu cerah sangat kenapa masih nak berada di sini, pergilah cari port-port lain yang sesuai. janganlah menyusahkan orang lain kan. Kalau dah rasa sejuk, pergilah duduk tempat lain yang kurang sejuk. kenapa perlu melibatkan orang lain yang tak patut terlibat? aduhaiii... pernah x siapa-siapa mengalami kes macam ni?


p/s : ternyata insan itu (masih) istimewa buat dia. tak apelah...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails