Sunday, October 4, 2009

yang keduapuluhdua

Share
perut yang kosong memaksaku bangkit dari tempat itu. merangkak, bersiap dan melompat masuk ke dalam perut suria hitam lalu memecut 60 kmph (sebab ada lori bodoh kat depan..bukan 1, bukan 2 tapi tiga buah lori terhegeh-hegeh meneran pedal minyak) menuju ke suatu tempat. dengan satu tujuan, satu matlamat. nak cari makan. sabar. aku sampai.

setelah beratur dengan penuh sabar dan kacak selama hampir kurang lebih 20 minit..

dia : selamat datang.makan sini ke bungkus encik?

aku : bawa balik

dia : ok, boleh saya ambil pesanan?

aku : bagi saya dinner plate 1 set, campur ayam. nak 2 spicy 1 original

dia : air?

aku : mirinda oren

dia : (tengok aku sambil tersenyum)

aku : mirinda oren

dia : (masih tersenyum) air encik)

aku : haiyoh! (dalam ati) MIRINDA OREN LEHHH! (dengan nada sedikit tinggi dari biasa)

dia : encik nak tambah ape-ape lagi?

aku : takde

dia : (sambil merenung dengan mata yang sembab) nak tambah ape-ape lagi encik?

aku : xdelah. itu aje (mulai bosan)

seterusnya.urusan key in order-mengisi ayam dalam kotak-membungkus-bayar dan resit pun berlaku.

aku balik.

setibanya aku di rumah...

bengong! air yang aku dapat, strawberi bukan oren.aku mintak 2 spicy 1 original, dia bagi 2 original 1 spicy.

xpelah,aku pn makan jelah. selesai makan ayam, nak makan coleslaw..seluk dalam plastik,ayoyo.. dia tak bagi tisu,sudu ngan sos kat aku rupenye!

asal ngan dia arini ek..ke kes ni terjadi kat aku jek?

adoi.. orang macam ni pun ada. pasni kalo aku nak g ke KFC Kuala Kangsar lagik, kalo ade staff name INDRA yang serve, kene double check order yang dibuat.huh!



p/s : rasa cam nak mati sorang-sorang tanpa teman comelku di sisi.. T.T


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails