Thursday, October 22, 2009

Gerak Geri Jemari Menari

Share

8 November ini genap usia baby kesayangan penulis berusia 1 tahun. Di sepanjang tempoh itu, baby penulis tak pernah mendatangkan sebarang masalah buat penulis mahupun sesiapa sahaja yang berdamping dengannya. Alhmdulillah, menjaganya senang sekali. Tak banyak ragam orang kata.

Kata salah seorang teman baik penulis, baby sayang agak berat. Susah nak bawa. Bagi penulis, biasa saja.

Kata teman penulis lagi,disebabkan baby penulis berkulit rona hitam maka susah nak jaga. Dia lebih suka yang cerah-cerah. Cepat dan senang kotor katanya lagi. Bagi penulis, hitam itu gaya, mutu dan keunggulan.

Kata mak penulis, baby penulis kecik sangatlah (sambil mengerutkan dahi). Memang kecik, tapi penulis suka. Penulis tak suka yang besar-besar. (Mungkin keperluan untuk memiliki yang lebih besar belum tiba lagi)

Biarlah apa kata mereka, yang penting bagi penulis adalah kepuasan diri penulis sendiri. Penulis sayangkan baby penulis kerana itulah harta pertama penulis hasil daripada titik peluh dan keringat penulis sendiri.

Bersamanya, telah beribu-ribu kilometer lebuhraya PLUS ditempuhi. Telah banyak membantu memudahkan hidup dan kerja penulis, dengan saiznya yang kecil lebih menyenangkan penulis untuk menjaga, membelai, dan menyimpannya.

Namun, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Minggu lalu, di kilometer 54 Lebuhraya PLUS Changlun-Alor Setar, baby penulis bergegar dengan kuat sekali. Puas penulis menggenggam erat, berpaut pada lengannya. Bimbang sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku, segera penulis melencongkan perjalanan ke “klinik’ yang berhampiran. Setelah diperiksa, malang sekali. Kedua-dua belah “kaki’ baby penulis terpaksa diganti dengan sepasang yang baru. Bagai dentuman guruh dan sambaran petir terasa di hati penulis saat itu. Di saat poket penulis semakin gersang inilah kecelakaan ini berlaku. Penulis redha. Pantas jari penulis mnyentuh aksara-aksara di skrin telefon bimbit penulis cuba menghubungi teman baik penulis momohon pendapat, bantuan dan sokongan.

Alhamdulillah.

Segalanya berjalan dengan lancar. Penulis lega. Bayaran termahal untuk rawatan baby penulis setakat ini,RM300.

Tak mengapalah, perubahan besar yang penulis rasakan pada baby penulis sekarang ialah gerakan pemanduan semakin lancar, memandu 170 kmph pun dah tak ada gegar-gegar macam sebelum ni. Best! Sebab baru buat alignment, balancing bagai.

Sebab tu penulis sayangkan Naza Suria hitam kecik ni. Suka sangat! Walaupun penulis akui pengetahuan penulis dalam menyelenggara kenderaan bermotor ni sangat cetek, tapi penulis berazam untuk lebih maju dalam kemahiran memeriksa kenderaan sendiri.

Minyak hitam? Air Bateri? Penulis tak pernah ambil pusing sehinggalah Naza Suria penulis tak boleh dihidupkan suatu masa dulu. Gelabahnya hanya Tuhan saja yang tahu. Mujur ada yang ringan tangan dan baik hati membantu. Kalau tidak, matila penulis.

Punca?.. bateri kong! Level air bateri tak pernah penulis check. Memanglah, penulis hanya tahu menghidupkan enjin kereta dan memandu. Natijahnya, terpaksa ganti bateri baru. Kali ni, bateri yang no-recharge punya. Senang, tak perlu penulis nak memeriksa level kandungan air bateri dalam bateri lagi, he..he..he

Itu belum lagi masuk bab mengisi angin tayar..aduhh,kalo tak teman comel penulis yang pamkan, jangan haraplah penulis akan buat sendiri. Tapi macam mana nanti kalau teman comel penulis sudah tak ada.. baik penulis mula belajar dari sekarang kan.

Bulan depan nak kene bayar roadtax+insurans untuk pertama kalinya (err..kali kedua la kan,pertama kali dulu masa purchased kete tu) mm..mencecah ribuan.

Ada sesiapa mahu bantu ringankan beban penulis?... huhu




sekadar gambar hiasan huhuhu~


p/s : ada orang gila galak melalak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails