Sunday, October 25, 2009

cameron highland

Share
Jumaat lepas, mak dan adik penulis berkunjung ke rumah. Kebetulan penulis pun bercuti. Di awalnya plan nak ke klinik, malangnya klinik yang ingin dituju tutup pada hari jumaat dan hanya akan dibuka besoknya (sabtu). Macam mana ni, masing-masing dah bersiap semua.

"emm..tutup pulak, jomlah kita p cameron highland" kata ibu penulis tiba-tiba

Maka penulis pun bersetujulah dengan rancangan itu, termasuklah aiman (adik penulis). lagipun Penulis pun tak ada apa2 rancangan pagi tu.

"aiman nak p cameron highland" tanya penulis kepada aiman.

"........ (senyap) cameron highland tu apa?" jawab aiman.

hehe

tak sampai 15 minit perjalanan, aiman dah pun nyenyak kat seat belakang.

Ini adalah perjalanan kali kedua penulis ke CH untuk tahun ini. Kali pertama, pada awal tahun dulu bersama teman comel penulis. Teruja jugak sebenarnya nak tengok bagaimanakah keadaan CH sejak kali terakhir penulis menjejakkan kaki dan merasa kedinginan hawa udara CH.

Sedar tak sedar, bukan aiman seorang saja yang melabuhkan mata, rupanya mak kat sebelah pun turut serta. Barangkali kedua-duanya penat menempuh perjalanan malam dengan keretapi malam sebelumnya.

Perjalanan diteruskan dari Simpang Pulai-Cameron Highland dan tiba di puncak kira-kira sejam setengah kemudian.

Hujan.

Dulu datang pun hujan jugak.

Kesejukan yang terasa memang menusuk hingga ke tulang, memaksa aiman dan mak terjaga dari lena.

"da sampai?" tanya mak

"dah" jawab penulis






pokok "hutan" kata aiman



berpokok-pokok mak borong

sebelum gambar ni diambil,dah berbiji-biji tomato aiman musnahkan.nasibla tuan punya ladang tak sedar huhu~

penulis ngan aiman





p/s : kusut dengan asimen maktab.adeh~~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails