Wednesday, October 21, 2009

aku - penulis

Share
Mulai dari baris ini sehinggalah ke setiap entry yang bakal menyusul selepas ini, kata ganti diri aku dalam blog ini akan digantikan dengan ‘penulis’. Kenapa? Kerana kali ini penulis berasa seperti ingin memberi nuansa yang berbeza dan baru dalam ruangan ini kerana penulis kini mendepani pelbagai rasa yang bergaul menjadi satu. Penulis sedikit kusut, rindu dan marah. Namun bukanlah diri penulis yang tahu nak marah bila rasa marah mahupun sedih bila nak sedih. Ada yang kata penulis manusia yang tak berperasaan, malah hati kering pun ada ada. Yakah? Penulis akui, penulis agak degil, tapi kedegilan penulis tidaklah sampai tahap melampaui batas dan norma manusia biasa. Penulis biasa-biasa saja. Masih mampu bertolak ansur dan sering mengetepikan kepentingan diri sendiri demi orang lain. Selalu.

OK lah,sudah.penulis tak mahu berlebih-lebihan dalam mendeskrepsikan secara halus perasaan penulis di tika dan saat ini.

Sebenarnya, penulis terkilan dengan sikap dan pembawaan teman comel penulis sejak akhir-akhir ni. Sekali dua, mungkin biasa. Tapi bila kerap berlaku, hati siapa yang tak terluka. Hati penulis bukan besi. Kalu hati penulis sekebal plumbum tak apa. Tapi ni tidak. Sampai ke satu tahap, penulis terasa seperti ingin memberontak membentak dan menghentak kepala penulis ke dinding batu. Agar sakit yang dirasa dapat menghilangkan pedih yang tertanggung di hati.

Tapi penulis bukannlah seorang yang marah bila nak marah. Penulis tak tahu bagaimana caranya. Penulis hanya pandai memendam dan menangis. Lemah kan? Penulis akui.

Kata salah seorang rakan baik penulis, kenapa tak berkonfrantasi saja dengannya, bukankah komunikasi adalah penyelesaian terbaik? Ya, mungkin. Tapi tidak dalam hal penulis dengan teman comel penulis. Eh, penulis pernah meluahkan apa yang penulis rasa pada teman comel penulis tau tapi akhirnya, penulis menangis lagi. Kesalahan tetap dipalit ke muka penulis. Penulis buntu. Jadi apakah yang terbaik untuk penulis dan teman comel penulis?

Manusia, tak ada yang sempurna. Kenyataan itulah yang sering penulis pegang untuk meredakan kekalutan dalam hati sendiri saban hari. Penulis sendiri tak sempurna, kurang serba serbi.

Kalau nak dikatakan penulis terseksa selama penulis dan teman comel penulis bersama, itu agak keterlaluan dan melampau.

Kerananya penulis kenal cinta, kerananya penulis kenal erti kebersamaan, dan penulis kenal banyak benda. Hidup bersama teman comel penulis sangat member erti dalam hidup dan diri penulis. Kesannya amat besar. Besar sekali. Duduk di sebelahnya berpaut lengan pun rindu, apatah lagi bila jauh beribu batu tak bertemu. Sesaat berlalu, seperti sebulan lamanya menanggung rindu.

Penulis sangat cinta dan sayangkan teman comel penulis.

Penulis sangat cinta dan sayangkan teman comel penulis.

(sengaja penulis ulang-ulangkan ayat itu)

Tapi sekarang, teman comel penulis sangat sibuk. Mungkin itu antara sebab lakunya berubah sedikit dari biasa. Perhatiannya sedikit goyah dari biasa. Pantang tersilap cuit sedikit, bersilat kata lah jawabnya. Sekali lagi, penulis bermain hati. Katanya, penulis harus faham dirinya. Baiklah,penulis faham. Tapi bagaimana dengan diri penulis, Ah, tak perlulah difikirkan sangat. Penulis kan jenis tak kisah (itulah agaknya yang bermain dalam fikiran teman comel penulis barangkali) .

Penulis harus faham diri teman comel penulis;dan teman comel penulis harus faham diri penulis.

Sepatutnya.

Tapi?
……



p/s : rindukan mee kari beliau..huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails