Saturday, October 31, 2009

dah makan ubat? dah..

Share
Rojak buah. Antara makanan yang menjadi kegilaan penulis ketika ini. Penulis dah tak tak lalu nak makan nasik. Sejak 2-3 hari lepas. Tak tau kenapa. Selera penulis berubah.

Baru kejap tadi Ila call, akaknya ade buat bihun sup tulang ngan rojak buah kat umah. Penulis dijemput untuk menjamu katanya. Terloncat-loncat girang hati penulis menerima perkhabaran tersebut. Kedua-duanya makanan favourite penulis. Tapi apakan daya, penulis sedang berdepan dengan sakit kepala kronik sekarang. Segala jenis ubat penulis dah telan kunyah dan hadam. Kepala penulis sakit macam tu jugak. Tak berkurang pun. Pelik,biasanya dua biji actifast dah cukup tuk hilangkan pening penulis. tapi ni dah masuk hari kelima, semalam penulis dah ke klinik dengan Ila. Migrain kata doktor. 2 kampit ubat makan dipreskrepsikan buat penulis. Penulis makan. Alhmdulillah. Lega sedikit. Sebelum sakit kepala kembali menyerang penulis awal pagi tadi.

Terguling-guling penulis menahan sakit yang bukan kepalang. Penulis makan lagi ubat. Tetap, masih sakit-sehingga sekarang. Dahla sakit time-time penulis sarat dengan macam-macam benda yang perlu penulis selesaikan huhu~ penulis dah tak larat. Rasa macam nak korek biji mata keluar, sebab mata pun sakit.

Alangkah bagusnya kalau teman comel penulis ada di sisi sekarang ini.. haihh



p/s : rasa mo tidur sepanjang hari

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails