Monday, October 26, 2009

adeh~

Share

Habis semua plan pagi ni. Berterabur.Berselerak. Huh! Semuanya gara-gara 1 wayar audio. Inilah akibatnya kalau terlalu mengambil ringan tentang semua hal. Itulah antara kelemahan penulis.

Bukan maksud penulis untuk mengabaikan atau memandang enteng semua perkara yang berlaku di hadapan (mahupun di belakang penulis) tetapi cara hidup penulis yang serba ringkas menyebabkan penulis tak mahu membuang masa melihat sesuatu perkara itu secara terlalu mendalam. Apa pun. Hampir dalam semua perkara. Kerana bagi penulis, buat apa nak susah-susahkan diri kan. Cukuplah sekadar mengambil tahu,sudah. Kenapa perlu menyelidik hingga berpeluh-peluh ketiak, terjuling-juling mata menyiasat. Tu kan dah sampai tahap menyibuk.

Ah, apalah yang penulis merepekkan ni. Maklumlah, sedikit rasa kesal bercampur rasa geram yang amat sangat.

Pagi tadi, sedang sibuk penulis menyiapkan ‘kerja sekolah’ yang perlu disiapkan hari ini juga, tiba-tiba ‘sekumpulan anak-anak’ datang berjumpa penulis memohon kebenaran untuk menggunakan ‘bilik pengantin’. Nak tengok tayangan kata mereka. Oklah, penulis pun buka kunci pintu, masuk bilik dan hidupkan segala suis yang perlu. Selesai.

LCD projector pun dihidupkan. Punat ON ditekan. Menyala. Alhmdulillah. (setelah mencari pelbagai jenis kabel yang sesuai untuk disambungkan ke computer riba) Di ketika ini, semuanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah..

Lah, cemana ni. Kabel audio takde. Takdelah dengar suara kang” getus hati kecil penulis.

Bergeraklah penulis berjalan dengan langkah penuh teratur menuju ke bilik sebelah untuk mendapat beg projector yang satu lagi sebab penulis masih ingat, penulis ada sembunyikan satu kabel audio dalam beg tu.

Sebab apa penulis sembunyikan? Sebabnya, ada sesetengah kawan penulis yang pandai meminjam tapi jarang nak pulangkan. Selalu buat harta sendiri. Bila ditanya, masing-masing menunding jari. Satu sifat yang paling penulis tak suka. Bila ada event, fizikal penulis dah macam tukang kebun. Lencun basah dek keringat, kekadang comot penuh sawang membongkok bawah meja-meja, menyelongkar almari kalau nak cari apa-apa yang diperlukan. Penulis malas nak arah-arah orang tolong carikan, bukan kerana arahan penulis tak jelas tapi geram bila selalu sangat tak paham arahan.Contoh :

“amni (nama sebenar), tolong amek beg laptop dekat meja saya”

“ok”

5 minit kemudian, amni kembali dengan tangan kosong sambil berkerut-kerut dahi dan muka.

“takde pun”

“kenapa takde,adelah.tadi saya kemas-kemas nak bawa balik tapi terlupa nak amek” (walaupun penulis sebenarnya tak perlu menerangkan dengan panjang lebar)

“takpelah saya pergi ambil sendiri, awak tunggu sini kejap,tengok-tengokkan beg saya” dengan geramnya penulis melangkah pergi.

Kurang 1 minit kemudian.Penulis kembali, dengan beg laptop dibimbit kemas dan berjalan dengan penuh kegeraman kembali ke tempat tadi. Jari jauh jelas kelihatan wajah amni yang tersengih-sengih yang penulis rasa macam tampar-tampar.

“ni apa?kenapa awak cari xde?Kat mana awak cari?”

“atas meja”

“tepi meja awak tak tengok?”

“tak.kate tadi kat meja,saya tengok atas meja xde”

“ya Tuhan, kalo dah saya kata dekat meja, maksudnya awak tolonglah lihat di sekitar meja saya. Atau dalam kurang lebih 1 meter radius dari meja saya! Kalau tak dekat atas,dekat bawah, dekat tepi ke”

“hehe”

Adakah arahan penulis tak jelas sehingga sukar difahami?

.

.

.

.

Tulah sebabnya penulis lebih rela menggunakan kudrat sendiri daripada sakit hati.haihh..

Oklah, kembali ke cerita asal. Langkah penulis laju dihayun menuju ke almari puaka yang tidak berkunci itu untuk mendapatan beg projector yang satu lagi tu (tempat biasa ramai-ramai projector disimpan). Alangkah terkejutnya bukan kepalang bila dibuka,beg projector yang ada projector di dalamnya,dan takde!

Titik peluh mulai turun di dahi penulis.

Ya Allah, ke manalah pulak perginya.

Tanya Kak Chah di tingkat atas.

“Tak, Kak Chah tak amek. Cuba Tanya Ustaz Khiar”

Penulis pun call ustaz Khiar (yang berkursus di Kajang)

“Takde, saya takde pakai pun”

Tanya Kak Ziha di bangunan bawah

“Takde”

Jan (jumpa kt simpang kantin)

“Takde,orang takde amek pun”

Sudah. Ke manalah pergi LCD Projektor yang harga beribu-ribu tu. Yang dirunsingkan, bukanlah haganya yang beribu tu tapi prosedur melaporkan kehilangan benda alah tu serta kesan dan akibat daripada kes ini yang akan menyusahkan baaaaaanyakkk pihak.

Masa ni, peluh mulai membasahi seluruh badan penulis. Ke hulu, ke hilir naik turun tangga. Penulis dah mati akal. Mujur ada Ila menenangkan penulis. Tapi tetap jantung penulis berdegup laju, geram!

Penulis tiada pilihan lain kecuali mendapatkannya My savior huhu~

“Oh,mysavior,LCD projector dah hilang. Cemana ni.”

“Hilang? Eh, dah cari dalam almari tu (almari puaka)”

“dah, tapi takde”

“dah tanya sape-sape ade amek?”

“dah, tapi semua cakap xde”

“ummm…masalah ni. Cuba cari leklok. Sementara saya buat panggilan”

Penulis pun kembali ke meja penulis sambil berteleku, sedih.

Huk3~

6 minit kemudian.Tiba-tiba ada panggilan daripada my savior.

“Tuan, nanti cuba tengok bawah meja kt ofis bahagian belakang tempat cik nor tu”

Penulis terus bergegas turun ke bawah dan menuju ke lokasi yang dinyatakan.

Alhamdulillah! Ada!

Kecoh kejap kat ofis sebab penulis dah bising-bising sebelum tu sebab LCD hilang. Rupanya ada kat pejabat, bawah meja tempat duduk depa dan depa leh wat senyap.

“Lohhh, kami taktau tu beg apa. Lama dah dok situ. Sapa yang letak situ?” dakwa mereka.

“takpalah,dah jumpa”

Kan, sebab tu penulis gelar dia MySavior (penulis sedang tersenyum neh)

Bila dirisi-risik, akhirnya penulis tau,sapa yang letak bawah tu dan ambil tanpa kebenaran dan tiada sebarang catatan dibuat.Siapa? Adalah..

Sepatutnya, setiap kali benda tu nak digunakan. Mesti melalui kebenaran penulis dan perlu ada catatan keluar masuk.

Tapi penulis kan jenis, alah takpalah, ameklah, pakailah..

Maka ramai rakan-rakan penulis yang mengambil kesempatan menggunakan benda tu tanpa merekod keluar masuk.

Bila dah jadi kes macam ni, penulislah yang paling pening kepala. Orang terakhir yang menggunakan benda tu tak dapat dikesan. Buku rekod ada, tapi bila nak amek, tak tulis. Bila pulangkan, tak tulis.

Barulah kini penulis sedar kesilapan penulis. Bahawa setiap rekod itu adalah sangat penting. Begitulah juga pentingnya budaya kerja bersistem ni. Bila ada sistem kerja yang baik, barulah produktiviti meningkat. Bila sistem yang ada gagal dipatuhi dengan sempurna oleh pekerja, maka banyak kesusahan yang akan timbul. Mulalah kelemahan organisasi dapat dilihat dengan jelas lalu menjadi bahan kepada manusia-manusia bermulut longkang dari jamban-jamban yang lain memalit najis mereka ke kita. Ooops!

Jadi, kepada penulis,jangan ambil mudah lagi hal kerja.OK?

OK

Pastikan rekod keluar masuk benda tu dikemaskini pasni.

OK

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah abes?

Eh, belum lah.

Kan tujuan utama penulis mendapatkan beg LCD Projektor tu hanyalah untuk mendapatkan kabel audio untuk disambungkan ke computer riba dan speaker untuk anak-anak penulis tu melihat tayangan?

Setelah penulis melalui pelbagai episode sedih duka dan lara dengan diadun sedikit aksi berlari, cemas. Naik turun 20 anak tangga, berhabis credit membuat panggilan, dengan peluh yang masih basah di baju, setelah berhempas pulas selama 30 minit, penulis kembali mendapatkan anak-anak di bilik pengantin tu dengan genggaman kabel audio di tangan.

Setibanya penulis di sana…

“takpelah,kami nak main bola jaring di padang. Tak jadi nak tengok tayangan” Sambil ramai-ramai keluar dari bilik itu

Bayangkan perasaan penulis.








p/s : empty

2 comments:

  1. salam dari kami salam kenalan....http://firestartingautomobil.blogspot.com/

    gara-gara satu wayer eeeemmmm .... kang-kadang berlaku tampa kita tak sengajakan... kitakan manusia selalu alpa...

    tapi kang kadang sifat manusia pinjam tak cakap... pastu sembunyikan plak... adui....

    walau pun menyusahkan banyak pihak...

    harap tak jadi berlarutan... redakan keadaan tersebut... nak buat cam ne besabo lah ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails