Tuesday, September 1, 2009

yang kesembilanbelas

Share
usai solat, mimpi tadi malam diteruskan kembali.kedinginan pagi subuh itu meggerakkan sekujur tubuh empuk dari lena. terasa berat, lemah dan tak berdaya. mata dipisat-pisat manja. badan digerak ke kiri dan kanan, melonggarkan otot-otot yang kebas dan tegang. tapi masih belum bangun. terkebil-kebil si kedua mata hitam, memerhati merenung objek bulat berjarum saat dan minit di dinding. 6:45 pagi. baiklah, masa yang sesuai untuk bangun. lantas, langkah diatur cermat penuh tertib menuju ruang mandi sambil mengelek sehelai tuala di sisi.

perlahan-lahan, dengan penuh malas air dijirus membasahi anak-anak rambut di betis. basah. sejuk. terus dilanjutkan ke badan dan ke kepala. basah semua. sejuk air yang menggigit jasad terasa nikmat sekali. satu-satu cecair mandian, syampu dicapai dan dioles penuh perasaan ke badan. selesai. dilengkapi dengan membersihkan dua barisan gigi yang sekali dilihat seolah tak teratur itu. cuci muka? tak payahlah. besok saja.

7:00 pagi

eh, 7:05 pagi

dah lambat ni. gumam si hati kecil. maka gerak diatur lebih pantas- sedikit. pakaian asas disarung. dan lain2 dipakai. rambut selesai disisir kemas. stokin,lengkap berkasut. ok, cukup segak. beg petak echo-davidoff hitam dicapai bersama helmet marushim berwarna ungu. semua lampu dan dimatikan. pintu dah dikunci. kini aku bersedia menuju tempat itu. modenas kriss 100cc hitam dipacu laju membelah hening pagi.

jalan pagi itu lengang. sunyi. kebiasaannya sesak dengan kenderaan. sepanjang jalan ke tempat itu, yang cuma sejauh 2 km ada 3 buah sekolah di sisi jalan. hampir setiap pagi, penuh dengan pacuan empat roda, kereta dan x kurang juga basikal yang berderet-deret dikayuh anak-anak untuk ke sekolah. seketika, kenangan lalu tercetus dalam kepala. begitulah aku di zaman kecilku. tak kira hujan, tak kira panas. hanya basikal yang menggerakkan aku ke sekolah. kalau tak bersama siva, pasti aku bersama dengan angah dan adik beradiknya, lela, syahir dan lan (sblm dia pindah jauh sikit dari rumah) berkonvoi. seronok.

melepasi 1km pertama
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tiba di tempat itu.

7:35 pagi

agak lewat dari biasa. selesai tandatangan kehadiran di pejabat. terus menuju ke blok atas. tempat letaknya meja dan kerusi untuk aku memulakan kerja. dalam perjalanan, salam disambut manis. sempat menyapa beberapa lembaga yang duduk-duduk di kerusi yang berbual kosong tanpa arah tujuan sambil mulut menjuih-juih giat bercerita. tak berminat untuk turut serta,buang masa. jadual kelas disemak. owhh.. kelas aku pagi ini hanya bermula jam 10:00 pagi. lambat lagi.

kringggg..! kringgg...!

loceng persekolahan waktu pertama berbunyi.

sambil mengemaskini buku rekod pengajaran harian.
tiba-tiba..

"assalamualaikum.." salam diberi dan gemanya memenuhi ruang bilik guru yang kosong lagi bersepah dan tak berkemas itu. salam dijawab. tapi mata, dan tanganku masih tertumpu pada kerja.

"cikgu".. suara yang sama kedengaran lagi. pantas kepala diangkat..

"cari saya ke? kenapa.." soalku.

"cikgu,ada budak ponteng kat asrama cikgu"

"jadi?"


"ustaz H***z suruh cikgu datang"


"ok,japgi saya g tengok"

berjalanlah aku menuju tempat kejadian. sambil dalam hati membebel kecil, kenapa aku dipanggil. apa kaitan aku dengan kes ni. lupa. rupa-rupanya,aku warden. maklumlah,baru 3 hari dilantik. itupun setelah pejabat digesa mengeluarkan itam putih,pengesahan. kalau tidak. main cakap mulut ja.

"cikgu, kat atas tu ada budak ponteng,cikgu cuba pergi tengok"

entah suara siapa. aku tak hirau. terus saja laju menuju aras dua bangunan asrama lelaki itu. menurut, angah - pengawas yang mula-mula berada di tempat kejadian. mereka berada di atas siling. angah panjat. naik ke siling. puas dipanggil turun. dejerit. disergah. masih tak ada respons. dengan darah yang mula menyirap, geram.

aku pula yang panjat. dapat kat aku kang siap makan penampar (dalam hati)

belum sempat berada di atas, tiba- tiba brapppp..!! kakiku memijak keping siling, serentak itu aku terhumban dari siling jatuh ke lantai yang tingginya hampir 5 meter. tak sedar, rupanya betisku juga tersagat pada bucu locker besi berlebar satu depa itu.

slack hitam yang ku pakai koyak. darah memancut membasahi lantai. tetap, budak-budak ponteng itu tidak turun.

aku yang turun, lari ke bawah bangunan asrama mendapatkan ila (rakat sejawat yang paling memahami aku). ketika ini, kaki mula berdenyut-denyut, langkah dah tak selaju dan sepantas tadi, aku rebah di kaki tangga.

semua mata yang bersidai di sepanjang koridor tertancap pada kakiku yang berlumuran darah. di saat ini, sakitnya bukan kepalang. terasa melayang. kepala pusing. kedengaran suara kecoh seketika, aku dah tak peduli. aku terus mencari mendapatkan ila. lupa, ila tak boleh tengok darah. bila dia tengok pasti dia mati. ya, benar. dia hampir pitam pagi itu. di kejauhan kelihatan kelibat Ustad Fuad. aku dimuatkan ke dalam perut keretanya lalu memecut terus ke klinik kesihatan padang rengas.

ditempatkan di ruangan kecemasan..aku menerima sepuluh jahitan. betisku koyak menampakkan tulang. selang seminit, berdering telefon tanganku berganti pemanggil. bertubi-tubi pesanan ringkas menerjah ruang inboxku. kebanyakannya dari rakan-rakan sejawat di sekolah yang baru menerima berita kecelakaan itu. ustaz fuad di sisi terseyum sinis. setia dia menunggu sehingga selesai.

aku dihantar pulang..

dan diberi cuti selama seminggu.

.
.
.
.
.
.
.
.

itu kejadian, kira-kira hampir setahun yang lalu. 18 ramadhan 1429H. rentetan dari kejadian itu, banyak cerita-cerita indah menyusul. benar, ada hikmah di sebalik kejadian. ada kesempatan nanti, aku rawikan sambungannya..bagaimana dengan budak-budak ponteng tadi? akan aku huraikan juga dalam kisah yang akan datang





siling yang pecah


itulah locker yang disebut-sebut


tinggalan percikan darah




p/s : apa pula tragedi berdarah ramadhan kali ini? huhu~


5 comments:

  1. ngeri.... harap2 tidak berlaku lagi, ramdhan bulan yng mulia

    ReplyDelete
  2. OMG B..
    hope u r doin fine!!!
    sedih n sian plak tgok..
    i know how it feel..
    erghhh, sakitnyer..
    hope i was there to help u..
    anything just take care of urself ok dear..

    ReplyDelete
  3. serious nak tau continue citer nih... walaupun pengalaman sebenar... cam bace novel lak! :D

    ReplyDelete
  4. Abg.. patot masa kelas forensic tu your group wat kisah nie... darah original nie.... kompom menang! kalah group i yang "so the drama"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails