Friday, September 25, 2009

yang keduapuluhsatu

Share
Seperti pelangi
Cintamu di hatiku
Walau indah kurasa
Kau tak mungkin di sini
Di sisiku

Kilometer 86 :

Kepulanganku malam itu diiringi rintik renyai hujan. Alam seolah mengerti rasaku di waktu itu. Aku nak menangis semahuku. Ingin turut serta rintik hujan yang semakin galak membasahi bumi. Aku nak menjerit sekuat hatiku, sama berpesta seperti dentuman guruh di langit. Aku nak lari sejauh,selaju mungkin dengan langkah yang paling pantas..meninggalkan kenangan itu. Kenangan yang menambah lagi helaian baru dalam hidupku. Hujan semakin lebat-sama rasa yang bergejolak dalam hatiku.

Kilometer 70 :

"Drive elok2.Cni dh start ujan...." sms dari dia. Aku tak reply, dan meneruskan perjalanan.

Andai di hatimu
Hanya aku cintamu
Melukiskan inginku
Walau kini ku mengerti
Kau bukan untukku

Harusnya ku tak pernah mencintamu
Walaupun semuanya indah
Kau yang tak mungkin kumiliki
Seperti pelangi ku hanya bisa menatapmu

Kilometer 54 :

23 Julai 2007. Awak tau tu tarikh ape wak? Itu adalah hari mula-mula kite kenal. Hari dah lewat malam, tapi saya ajak jugak awak keluar temankan saya makan walaupun pada waktu tu saya langsung tak rasa nak makan pun. Hanya untuk mencuri peluang berjumpa awak. Sebab saya betul tak kenal awak. Saya betul tak cam awak yang mane masa tu. Jadi, saya fikir tak salah kan..Char koey teow dan tembikai laici tuk saya, dan nasi goreng cina+milo suam untuk awak-malam itu. Tak banyak yang dibualkan. Tapi saya tau, saya dah mula jatuh cinta pada awak sejak dari hari pertama kita jumpa.

Pertemuan pertama itu telah memungkinkan pertemuan-pertemuan kita yang seterusnya. Biar jarang-jarang sekali, namun awak masih tetap awak. Masih berlagak cool.. setiap butir kata diatur cermat. Segala gerak geri diatur penuh hemat. Kekadang melayan panggilan telefon yang bertubi-tubi. Membuat panggilan-menjawab panggilan. Sibuk betul dia ni..

Hari-hari yang ku lalui hanya ada bayangan dia di sisiku. Nak melangkah lebih jauh, aku tak pasti. Atau aku sendiri yang tak mahu ketika itu? Tidak. Aku mahu. Cuma aku tak pasti. Hah? Entah.

Kilometer 36 :

Hujan yang dari tadi lebat, mulai renyai.. tapi hatiku tetap lebat penuh sendu diadun cerita-cerita kita masa lalu yang terpapar di skrin minda tanpa aku sendiri menginginkannya. Segalanya hanya meninggalkan aku dengan tanda tanya. Kenapa dan kenapa? Kenapa awak cuba untuk mengenali saya kira lebih 2 tahun yang lalu wak. Untuk apa? Untuk berkawan? Tapi kenapa saya merasakan lebih daripada itu? Kenapa awak beri saya harapan? Hingga saya tergantung-gantung di tali harapan itu sehingga ke hari ini..? Di suatu ketika awak tarik saya hingga begitu dekat dengan awak.. di suatu saat yang lain, awak biarkan saya lepas. Lepas sejauhnya dari awak. Kenapa wak..

Kilometer 18 :

Tak seindah mimpi
Tanpamu di sisiku
Semua hilang dan pergi
Hanya rindu yang kurasa
Hancurkan hatiku

Kilometer 5 :

Andai hingga ke akhir hayatku..aku masih lagi tidak bertemu jawapan kepada persoalan-persoalan itu,aku redha. Kerana aku kini merasakan lebih yakin untuk melupakan dirimu. Melupakan semua kenangan yang pernah tertempa bersama. Mungkin tak bermakna pada awak, tapi sangat memberi kesan dalam hidup saya.Terima kasih wak kerana pernah hadir dalam hidup saya biarpun cuma untuk seketika. Saya mungkin tak ingat "bau" itu dulu, tapi sekarang "bau" itu akan selalu segar dalam ingatan saya..

Taman Sri Changlun.
0230 hrs

Saya dah sampai wak. Birthday saya tahun ni bermakna sekali..lagi.

Ingin ku melupakanmu
Namun selalu kurindu
Tak ingin kusesali
Walau s'lalu di hatiku


p/s : Seperti pelangi ku hanya bisa menatapmu..




1 comment:

  1. salam...abg,pertemuan itu indah..perpisahahan jg indah sebenarnya..Kita belajar sesuatu dr situ..Ujian itu indah sebenarnya...walaupun perhubungan putus tanpa sbrg kata ..tp ia tetap kekal dihati...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails