Friday, August 21, 2009

yang ketujuhbelas

Share
ramadhan kini menjelma kembali
bulan yang penuh keberkatan
penuh kelimpahan rahmat
dan ganjaran
buat insan-insan yang patuh dan taat pada-Nya
alhamdulillah
syukur
aku masih dipanjangkan usia
dan diberi kesihatan
yang baik
untuk aku terus menghirup kemanisan bulan ramadhan yang mulia ini
doaku
agar aku terus tabah mendepani jutaan dugaan dan mehnah yang bakal kutempuhi
apa lagi..
segala keturunan syaitan telah dibelenggu
pintu2 neraka ditutup
yang ada
hanya sekeping hati ini
yang bisa memandu akal dan fizikal ke arah satu jalan
yang benar
kelazimannya
biasa
tergelincir
kerana terlalu yakin
(barangkali)
apakah tahun ini begitu juga..
haahhh..kenangan ramadhan lalu masih segar dalam kotak fikiranku
mataku matanya
tanganku tangannya
jariku jarinya
hatiku hatinya
sama serupa
bersatu dalam lagu
bertamu dalam rindu
namun..
segala yang berlaku
tak meruntuhkan batas asaku
kerana rasa itu benar
dari hati
bukannya mainan si kecil
yang bisa dibolak balik sesuka hati

kenapa ya..?

kali ini
aku hanya mengira waktu
menghitung detik
bilakah kan bertemu..



p/s : nasi putih + drummet + kicap untuk bersahur..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails