Saturday, August 29, 2009

yang kelapanbelas

Share
alhamdulillah..
masuk hari ke-8
berada di dalam bulan penuh magfirah ini
syukur.
hari ini
selesai berbuka
mengemas sedikit
terus jemariku terasa rindu tuk bertamu
di papan kekunci
menekan kekunci alphabet dan numeric yang ada
membuka satu lagi kisah
yang melingkar.
oya,aku berbuka sendirian hari ini.
teman comelku sudah pulang
meninggalkan lagi momen-momen manis buat penyeri lembaran hidupku
hembusannya
lirikannya
geraknya
masih terasa.
sunyi?
biasalah
bukan aku tak biasa berbuka sendiri
namun hari sendiriku boleh dibilang dengan jari.
tak selalu.
tiada beza sendiri atau berdua,bertiga
cuma juadahnya serba ringkas bila sendiri
cukup segelas air..sepinggan nasi,lauk-ayam atau ikan.bercampur sayur.
sudah.
usai solat..nuh,bertimbun kerja di meja menanti!
haihh..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails