Monday, June 15, 2009

yang kedua

Share

Jadual baru aku berkuatkuasa mulai 15 Jun 2009. Hurm..secara kasarnya masa aku sedikit berkurang dari jadual sebelum-sebelum ini (ini jadual yang ke-6 untuk tahun ni). Sebab ada cikgu baru, makanya aku langsung tak mengajar Sains Kelas Tingkatan 1...tapi ada perubahan drastik yang berlaku di mana aku kena mengajar subjek Bahasa Inggeris pulak! Nasib baik Form 1 jek.. cam kelakar pun ade gak coz aku xpernah ajar subjek neh. Terus teringat kelas public speaking masa kt kampus dulu haha.. (thnx prof nordin bg i A).

Tadi pagi br dapat jadual and kelas pun dah mula,ada Kelas BI lak tu..matila x prepare kann. Apalagi.. ke Bilik Media la jawabnya. Tengok 'Benjamin Button' haha movie yang aku download 2 minggu sebelum cuti aritu. Bukan malas ye..tapi itu salah satu dari teknik pengajaran,ye tak. Movie yang hampir 2-3 jam tu aku forwardkan jadi sejam jek sebab kejar masa. Aku harap diorang paham apa yang ada dalam movie tu.. sebab subtitlenya aku yang bagi sendiri (sbb xda subtitle dlm movie).

Seminggu ada 3 kali perjumpaan,baru jap tadi print Curricullum Spesification bagai..kenala cari buku English lak pasni kan. Ye,aku terpaksa 'belajar' semula tuk mengajar. Tapi xpe, x susah mn pun kan. Langkah yang jauh beribu batu bermula dari setapak demi setapak. Positif.

Lepas ni boleh tumpu kt Sains Form 4 ngan Form 5 je.. ade lagi,Form 2 (yg ttbe muncul dalam jadual baru). Apa-apapun,yang pasti semua tu harus ditempuhi dengan sebaiknya.


p/s : minggu depan nak balik kampung.rindu semua huk3

2 comments:

  1. koje leklok..
    aku tak tau yang ko ni cikgu..
    huhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails