Wednesday, May 20, 2009

s e s u a t u

Share

sejak kali
terakhir aku menulis di sini ..Terdetik di hati
sekali lagi untuk bercerita. Bercerita tentang kisah aku.

Dah ku kata cerita aku tak
banyak. Cukup sekadar meluah apa yang terfikir, apa yang dipendam, dan
menulisnya di sini.

Membaca kehidupan orang lain tiada salahnya kan. Biarlah dikongsi apa yang perlu.
Aku mau rasakan semuanya dr sedikit rasa gembira hingga secuit rasa sedih dalam diri. Hadirnya mematangkan diri aku sendiri.

Cuma aku sendiri tak dapat nak meneka bila saatnya aku merasakannya begitu.

Persoalan dari pelbagai pandangan orang luar dan dalam , walaupun sedikit boleh
merubah keadaan dan lenggok cerita.

Intonasi kita tak sama.

Apa yang aku rasa tak sama yang engkau rasa.

Mungkin hati aku terlalu halus untuk dimengertikan.
Mudah tersentuh. Aku beremosi lagi. Ibarat daun semalu, biarpun disentuh secara
lembut, tertutup rapi melingkar malu.

Aku tak menjanjikan kepuasan utk engkau membaca kehidupan aku.
Aku adalah aku.
Punya cerita sendiri.
Menarik atau tidak,bukan aku yang tentukan.
Terpulang untuk engkau menilai sendiri.
Aku buka cerita aku semalam dan hari ini, sekadar tatapan.

Dan

Aku akan terus bercerita.

2 comments:

  1. Teruskan bercerita selagi kita termampu..Sekurang-kurangnya kita dapat meluahkan rasa yang ada..
    Cerita antara kita semua tiada yang sama .indahnya atur dalam suatu perceritaan yang membuatkan diri rasa puas..Teruskan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails