Wednesday, May 20, 2009

buat dirimu yang diingati

Share

Buat dirimu yang diingati...

Waktu perkenalan yang singkat tidak menghalang hati ini terus terusik oleh hembusan haruman kemesraanmu.

Pertemuan pertama telah memulakan babak baru dalam novel kehidupanku dan setiap pertemuan pula menambahkan satu lagi muka surat bagi mengindahkan cerita tentang kita. Seluruh ciptaan-Nya yang berada di bumi seakan tersenyum setiap kali kita bertemu. Masih jelas terngiang dibenakku kelunakkan suaramu yang sering menjadi penghibur dikala sepiku. Saat berjauhan, aku bertemankan senyumanmu yang menerangi segenap siangku. Dikala malam tiba, bayangmu setia membelaiku ke alam mimpi indah bersamamu.

Setiap kali bersama, ku berdoa agar saat-saat manis itu tidak akan pernah berlalu. Segala cerita dan gurauanmu membuatku rindu untuk menghabiskan masa hidupku hanya bersamamu. Namun semua kemanisan hanya menggugat sanubariku akibat pengakuanmu itu. Kau melafazkan sayang padaku namun tidak dapatku temukan keikhlasan kata-kata itu dibalik renungan matamu. Kau hulurkan tanganmu padaku sekaligus berdolak-dalih tentang perhubungan yang telah kau jalinkan dengan si dia. Kau inginku sambut kehadiranmu dengan sukacita tanpa menghiraukan diriku yang juga punya perasaan cemburu di hati.

Terima kasih, teman kerana sudi mencurahkan segelintir kasih buat santapan ku ditengah jalan. Kulihat jauh perjalanan yang harus ku tempuhi demi mencari kesetiaan seorang kekasih dan keikhlasannya mengasihi seorang insan yang dahagakan kemesraan sejati. Ku sedia mengiringimu hingga ke permukaan duniamu yang baru tanpa sebutir kekesalan. Kerana kita bertemu...

Yang ikhlas berkenalan...


3 comments:

  1. hmm..ada bakt jd penulis..knapa xtry jd penulis novel..

    ReplyDelete
  2. Setuju tu..ada bakat jadi penulis novel..

    http://letswaitseminit.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. keikhlasan awak menulis di blog kali ni mmg betul2 terasa.. saya faham wak perasaan tue, drummet, peti ais, tertinggal lg... dats a lot of memories which stil remain in ur memory box.. pertemuan yg singkat tu, telah membuahkan bibit2 perasaan yg sgt mendalam buat awak kan.. the sincerity cannot stop me from shed the tears... i want u to be strong.. ok!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails