Wednesday, December 10, 2008

mulanya di sini..

Share
"selesa memakai kain baldu
lagi indah kasih bertaut
dirimu terkandung selaut
rindukasihku pula sebanyak laut

angin lalu mewakilkan diri
membisikkan kata yg penuh erti
jiwa gelora menusuk kini
bila salam rindumu menerpa hati"

aku mulakan catatan aku hari ini dengan penuh kekalutan
entah di mana silapnya
puas aku meneka
tetap buntu
dalam kekalutan
penuh serabut
bergejolak segala rasa..

"buah duku di peram dahulu
bersama betik dibuat berjamu
ku kirim rindu di angin lalu
tunggu ia berbisik di telinga mu !"

hari ini aku mula menulis sesuatu di blog
blog aku sendiri
bukan semata menyongsong arus
bukan juga kerana apa
hanya dedikasiku pada CINTAKU

aku cuma menulis untuk kepuasan diriku
mencurah apa yang aku rasa
ya..
segalanya tentang apa yang aku rasa
yang aku alami
aku lalui
hari-hari
tiap yang berlaku di lingkaranku
ada suka
ada duka
aku cerita
ceritaku tak banyak..
tapi ada
buat yang sudi singgah

ceritaku ada keras
ada lembut
pelbagai
tafsirlah sendiri mengikut rasa yang tercipta..
aku tulis
apa yang aku rasa
aku x peduli apa kau kata
kerana aku
aku tulis mengikut rasaku

hari ini
rasaku berbaur..
aku ingin keluar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails